Salam hormat..akhirnya..bersawang dah laman blog ni. Tuntutan kerja dan supermummy membuatkan saya tak berkesempatan nak update resepi dan info. Apapun, kalau anda share, saya halalkan sahaja. Ilmu lagi mantap kalau kita selalu share.
Resepi Magic Pizza
Bahan - bahan
Roti Arab 2 keping
Mentega 50g
Bawang putih 2 ulas
Bawang Holland (didadu) 1/2 labu
Tomato (didadu) 2 biji
Tomato puri 2 sudu besar
Oregano (kering) 1 sudu teh
Lada hitam (ditumbuk) 1 sudu teh
Gula 1 sudu besar
Sosej (dicelur) 1 @ 2
Cendawan butang (hiris) 100g
Keju mozarella / mayonis 20g
Kaedah
1. Cairkan mentega di dalam periuk bertangkai @ pan.
2. Masukkan bawang putih dan bawang holland yang dihiris. Masak dengan api sederhana sehingga kekuningan.
3. Tambahkan tomato puri, tomato yang didadu, gula. Perasakan dengan garam, lada hitam dan oregano. Tambahkan dengan air mengikut kepekatan yang dikehendaki.
4. Masak sehingga mendidih selama 8 minit - 10 minit. Sejukkan.
5. Letakkan roti arab di atas magic pan (pemanggang ajaib) selama 2-3 minit.
6. Alihkan.Sejukkan.
7. Sapukan sos tomato di atas permukaan roti arab sebanyak 2 sudu besar.
8.Tabur dan susun hirisan sosej, cendawan butang.
9. Akhirnya tabur dengan mozarella.
10. Masukkan semula ke dalam magic pan dan bakar sehingga keju mencair dan kekuningan (macam kesan bakar)
11. Sedia untuk dihidangkan.
Haaa..tak susahkan. Selalunya sebungkus roti arab ada 4-5 keping roti..Memang laju je kalau minum petang buat menu ni.Kadang - kadang tak ada keju pun, saya gantikan dengan mayonis.Itu pun selesai.Bahan yang nak ditabur dan susun tu, ikut kreativiti. Boleh buat tema sayuran, hawaii , makanan laut dan macam - macam lagi. Kos pun murah je.
Kalau agak - gak tak faham, sila lah datang ke Kolej komuniti Sabak Bernam, saya bersedia nak ajar anda.Macam - macam ada.
Ok. nak sambung buat kerja. Selamat mencuba.
Resepi Magic Pizza
![]() |
Magic Pizza tema Seafood |
![]() |
resepi asal ketika demonstrasi masakan |
![]() |
Panas - panas sedap dik |
![]() |
Sekejapan saja dah nak selesai magic pizza tu! |
![]() |
Ketika program demo masakan menu sihat |
![]() |
Ada yang nak mencuba |