Gara - gara terpengaruh audit 5S di kolej, saya melayari laman - laman susun atur dapur rumah blogger yang ada. Apabila selalu tengok, dah berniat nak aplikasikan di rumah. Maka mulakan dulu dengan laci kabinet dapur. Tengah malam pun asyik tengok laman - laman berkenaan. Jadi bila tidur, mimpi.
Jadi nak cerita banyak - banyak tak tahu. Tengoklah ye gambar yang ada. Rasanya sebelum ini, dalam laci - laci berkenaan termasuk sekali dengan mainan anak - nak. :)).
![]() |
Bekas simpan vitamin - vitamin Shaklee saya ini, saya jumpa di Daiso. Ada satu je. Saya beli sebagai template untuk projek DIY nanti. Bekas plastik itu, diletakkan magnet yang sesuai dengan berat yang boleh ditampung. Mudah saja. Beli saja bekas RM2.00 kemudian glukan dengan magnet. Cuma jenis magnet itu kena dikenalpasti. Saya terpaksa buat begini, kerana, saya tak mahu, vitamin Shaklee diletakkan dalam peti ais. Dalam masa yang sama, saya tak mahu, ia dicapai oleh anak - anak. Tengoklah, setinggi peti ais saya letak. Di bawah bekas vitamin ini, saya sangkutkan glove dan kain lapik pada penyangkut bermagnet sebab peti ais ni berdekatan dengan oven dan mikrowave. Maaflah tak ada gambar. Imaginasilah ye.:). Rasanya, cukuplah perkongsian untuk hari ini.Jika ada yang mahu membuat teguran atau sebarang komen, sangat saya alu - alukan. Melkan kepada zunairahagi@gmail.com Saya penggemar Shaklee & saya jual Shaklee. Hubungi saya di SINI. |