Artikel Terbaru

Ekonomi kesejahteraan rakyat elemen manifesto BN Johor

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin beramah mesra dengan pelanggan yang menjamu selera di gerai MBJB d'Kontena sempena lawatannya ke Permas Jaya, Johor Bahru, hari ini. - Foto Zain Ahmed
Ekonomi kesejahteraan rakyat elemen manifesto BN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor menjadikan agenda pembangunan ekonomi yang mapan untuk kesejahteraan rakyat sebagai antara inti pati manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya menetapkan lima perkara utama dalam manifesto demi kesejahteraan rakyat.

"Kita tetapkan yang pertama ialah kita mahu ekonomi yang mapan untuk kesejahteraan rakyat. Ekonomi mesti tumbuh dan pada masa sama, rakyat mesti sejahtera.

"Itu (perkara) yang pertama daripada lima (elemen) dalam manifesto Johor," katanya pada sidang media selepas merasmikan gerai MBJB d'Kontena sempena lawatannya ke Permas Jaya, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, manifesto BN Johor akan dilancarkan selepas manifesto peringkat BN Pusat dilancarkan.

Beliau turut mengesahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melancarkan jentera PRU BN Johor pada 30 Mac ini.

Sumber : https://www.bharian.com.my/
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==