Saya akan menyenaraikan laman sesawang dan blog yang menawarkan idea kreatif untuk hidangan parti kanak - kanak. Banyak yang menarik untuk dicuba dan dijadikan aktiviti keluarga. Pasti anak - anak seronok dengan pelbagai gaya kreatif hidangan oleh ibubapanya sendiri.
Menarikkan, berwarna warni, buah - buahan dalam kon aiskrim. Boleh juga ditukarkan dengan kek dalam kon aiskrim.
Nampak manis kerana ia sememangnya manis. Mashmallow dan buah epal digandingkan. Sesuai untuk pijama party dan parti harijadi.
Ini pun menarik juga. Selain sebagai buah tangan untuk anak - anak bawa pulang, boleh juga dijadikan set bento untuk anak - anak.
Hiasan kek red velvet yang mudah. Boleh dijadikan aktiviti sekeluarga untuk persediaan parti harijadi kanak - kanak. Apa salahnya kalau buat sendiri kan.
Pisang pun cantik dan namapak sedap bila dihias begini. Selain dapat pisang sebagai snek sihat, dapat juga kertas tisu yang menarik. Idea yang mudah tetapi menarik.
Percaya tak, hidangan ini sangat mudah dibuat, cuma perlukan sos pizza, keju cheddar dan buah zaitun. Saya pun tak terfikir untuk dihias begini. selalunya , saya letak dan hias roti ala pizza sesuka hati. Kali ini boleh dicuba teknik begini.
Ini bukan aiskrim tetapi potongan buah kiwi bersalut coklat. Boleh juga dicuba dengan buah - buahan lain. Sangat berkhasiat snek ini dan pastinya ia sangat lazat.
Akhir sekali, jika ibu bapa ingin mencuba tema parti harijadi untuk anak - anak lelaki, mungkin idea 'shark' daripada buah tembikai ini sangat menarik.Mudah, dan kulitnya tidaklah dibazirkan begitu sahaja. Jadi ibu bapa memang kena kreatif dan belajar jadi kreatif.
 |
megduerksen.typepad.com
Bagi sebarang komen atau teguran, sila emailkan kepada saya zunairahagi@gmail.com
Untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh whatsapp @ sms saya 012-2248189 @ email saya zunairahagi@gmail.com. | |
|
|
|