Saya rasa ini entri saya yang terakhir tentang kisah ini. Ustazah Khadijah telah menyatakan , setakat ini bantuan yang diterima lebih dari mencukupi. Jadi, kita boleh biarkan mereka menjalani kehidupan seperti biasa dengan motivasi diri yang luar biasa.
Beliau minta isu ini tidak disensasikan atau dipolitikkan kerana tujuan asal hanya untuk mencari dana buat pelajar - pelajar tersebut. Mencari dana yang biasa - biasa yang bertukar menjadi luar biasa. Bukan salah siapa - siapa, kerana kisah ini boleh dijadikan iktibar. Sesungguhnya Allah swt yang merencanakan semuanya. Kita sebagai ahli masyarakat memang perlu mengambil tanggungjawab mencari orang - orang seperti ini. Tidaklah semuanya terserah di bahu pihak yang berwajib sahaja. Memang mudah untuk mengkritik, namun dengan mengkritik saja masalah tidak akan selesai.
Banyak sebenarnya pengajaran yang kita dapat dari kisah anak ini. Ramai sebenarnya wira yang tak didendang wujud dalam masyarakat kita. Kalau kita renung dan muhasabah, pasti ada seseorang yang memberi impak dalam hidup kita. Boleh jadi ibu , ayah, kenalan atau siapa saja.Wira ini, kadangkala terpaksa memekakkan telinga mendengar sindiran, kritikan, mengeluarkan tenaga, masa, mengorbankan diri, mengorbankan keluarga tanpa siapa yang peduli.
Mak Long , nenek Khatijah mengucapkan terima kasih dan sebak semasa saya berbual dengannya semalam. Dia tak sangka, ramai sungguh dermawan di kalangan anda semua. Syabas.
Akhir kalam, andai ada yang masih ingin meneruskan niat bersedekah sebagai dana pendidikan untuk anak - anak ini, boleh masukkan terus ke akaun bank adik ini
adik Nur Khatijah Abdullah , Bank Rakyat : 220621244780,
Nur Syafikah Abdul Rahim , Bank Rakyat : 220141565286,

Trustee of Nurkhatijah bt. Abdullah : Shamsiah bt Yusof
Nur Syafikah Abdul Rahim , Bank Rakyat : 220141565286,
Trustee of Norsyafikah bt. Abdul Rahim : Eni bt. Tarsidi
Sekian, jazakallah hukhairan kathira.
Sekian, jazakallah hukhairan kathira.