![]() |
DAHLIA menyambut bayi perempuan sulungnya, awal pagi tadi seperti yang dikongsi pada IG Stories yang dimuatnaik Zetty Adila. |
Dahlia dapat anak perempuan
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang lagi personaliti, pengacara televisyen (TV), Dahlia Shazwan melahirkan bayi perempuan sulung di sebuah hospital swasta di sini, awal pagi tadi.
Dahlia atau nama penuhnya, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, melahirkan bayi seberat 2.7 kilogram pada jam 3.15 pagi.
BH Online difahamkan, wad Dahlia terletak bersebelahan dengan Nora Danish yang turut melahirkan putera sulung hasil perkongsian hidupnya dengan suami, Nedim Nazri pada jam 9.02 pagi tadi.
Gambar Dahlia dan bayinya dikongsi penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly melalui aplikasi Insta Stories pada Instagram.
Dahlia berkahwin dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.
Source : https://www.bharian.com.my/