Artikel Terbaru

Video luc4h: Wanita, bekas suami didakwa peras ugut

Video luc4h: Wanita, bekas suami didakwa peras ugut


Oleh Zahratulhayat Mat Arif
zahratulhayat@nst.com.my
NORANIZA (dua dari kanan) dan Muhammad Kasim dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh atas kesalahan melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap seorang lelaki tiga tahun lalu. - Foto Muhaizan Yahya


IPOH: Seorang wanita dan bekas suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan mengugut wang daripada seorang individu berhubung video lucah, tiga tahun lalu.

Noraniza Jelani, 30 dan Muhammad Kasim A Zamzami, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, mereka didakwa sengaja melakukan ugutan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Yap Ing Choon, 34, untuk membuat laporan polis kerana telah menghantar video lucah melalui telefon kepada Noraniza.

Kedua-dua tertuduh didakwa meminta mangsa menyerahkan wang sebanyak RM1,000, RM800 dan RM5,000 kepada Noraniza menerusi akaun Maybank miliknya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Jalan Kompleks Sukan, di sini., di antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang pada 12 hingga 18 Jun 2015.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan dan menetapkan 26 Februari bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, dalam mahkamah yang sama, Muhammad Kasim mengaku tidak bersalah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Ing Choon untuk membuat laporan polis kerana menghantar video lucah melalui telefon kepada Noraniza.

Muhammad Kasim didakwa meminta mangsa menyerahkan wang berjumlah RM10,000 di JPJ Perak, kira-kira 12 tengah hari hingga 2 petang pada 30 Jun 2015.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah membenarkan Muhammad Kasim diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Februari untuk sebutan semula kes.

Ulasan Video
https://youtu.be/sBjCcucY4vc

Source : https://www.bharian.com.my/
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==