![]() |
RATUSAN aktivis prodemokrasi di Thailand memakai topeng kartun menggambarkan pemimpin junta tentera dengan hidung panjang semalam. - Foto REUTERS |
Ratusan aktivis berhimpun bantah junta
BANGKOK: Ratusan aktivis prodemokrasi di Thailand memakai topeng kartun menggambarkan pemimpin junta tentera dengan hidung panjang semalam, menggelar beliau 'penipu' kerana menangguhkan pilihan raya umum yang dijanjikan tahun ini.
Junta berjanji dan menangguhkan pilihan raya beberapa kali sejak berkuasa susulan rampasan kuasa pada 2014, dengan tarik terbaru ditetapkan November ini.
Majlis perundangan yang dilantik tentera meminda undang-undang pilihan raya bulan lalu, menunjukkan satu lagi penangguhan kepada awal 2019.
Ia mencetuskan siri bantahan antijunta, propilihanraya yang mencapai kemuncak sejak beberapa minggu ini dengan perhimpunan diadakan di beberapa wilayah seluruh Thailand.
Sabtu lalu, kira-kira 300 aktivis berkumpul di Universiti Thammasat di Bangkok, memakai dan mengedarkan topeng kertas menyamakan Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha dengan karektor Pinocchio.
Seorang daripada mereka, Sirawith Seritiwat, berkata topeng itu dinamakan Yuth-nocchio, merujuk kepada kartun yang hidungnya panjang setiap kali menipu. - Reuters
Source : https://www.bharian.com.my/